fbpx

Dakwaan bayi kembar dilarikan ‘doktor palsu’ di Hospital Kuala Lipis tidak berasas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Kuala Lipis.

LIPIS – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memandang serius berhubung laporan kes tular di media sosial berkaitan sepasang bayi kembar hilang dilarikan oleh ‘doktor palsu’ di Hospital Kuala Lipis.

JKNP dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan awal telah dilaksanakan dan mendapati tiada bayi kembar seperti yang didakwa telah menerima rawatan selama sembilan bulan di wad kanak-kanak hospital terbabit.

Tambah kenyataan itu, jabatan tersebut turut menafikan dakwaan kononnya wujud doktor palsu bernama ‘Dr Amalina Husna’ bertugas di Hospital Kuala Lipis.

“Semakan rekod mendapati kali terakhir wanita dikatakan kehilangan anak kembar itu menerima rawatan di Hospital Lipis ialah pada Julai 2024,”

“Jabatan kesihatan Pahang memandang serius tuduhan dilemparkan itu kerana dan tindakan itu boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti pengurusan dan perawatan di Hospital Kuala Lipis.” menurut kenyataan itu.

Susulan tuduhan itu, pihak hospital berkenaan sudah membuat laporan polis semalam bagi mengelakkan berita tidak berasas disebarkan.

“Ini boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti pengurusan dan perawatan di Hospital Kuala Lipis dan JKNP khususnya,” katanya.

Semalam tular di media sosial mengenai satu hantaran bertajuk ‘Sepasang Bayi Kembar Hilang Dilarikan Doktor Palsu di Hospital Kuala Lipis’.

Turut dimuatkan bersama hantaran itu salinan laporan polis dibuat seorang wanita berusia 23 tahun mendakwa sepasang anak kembarnya hilang di hospital terbabit serta dua gambar bayi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI