fbpx

1,000 mangsa banjir di daerah Klang dan Petaling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najwan (tengah) ketika meninjau keadaan banjir di Padang Jawa hari ini. -Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO!

SHAH ALAM- Dianggarkan 1,000 mangsa terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di daerah Klang dan Petaling sehingga pukul 2 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Bencana Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, pihaknya belum mendapat jumlah sebenar mangsa banjir kerana pendaftaran jumlah mangsa banjir baru sahaja dibuka di enam buah pusat pemindahan sementara (PPS).

“Setakat ini, terdapat 134 mangsa yang telah mendaftar di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Klang.

“Kami jangkakan jumlah mangsa banjir yang berlindung sementara di kesemua PPS akan bertambah,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di Padang Jawa, di sini, tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Caption

Najwan (tengah) ketika meninjau keadaan banjir di Padang Jawa hari ini. FOTO: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI