fbpx

Usia 2 bulan, anak Mahalini sudah suka ‘melancong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHALINI mengakui sikapnya sewaktu hamil kini diwarisi anak sulungnya.

BARU berusia dua bulan, penyanyi Mahalini mendedahkan puterinya, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian mempunyai kecenderungan tidak betah sekadar tinggal di dalam rumah, sebaliknya suka keluar berjalan-jalan.

Dedah Mahalini atau nama lengkapnya Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja lagi, perkara tersebut rupa-rupanya disebabkan pengalaman sendiri ketika melewati fasa mengidam sewaktu hamil.

“Sepanjang hamil, saya langsung tak mengidam makanan tetapi selalu mengidam mahu berjalan-jalan atau melancong.

“Rupa-rupanya terbawa-bawa kepada Selina. Dia suka sangat kalau kami ajak jalan-jalan,” katanya.

Dalam masa sama, dia juga memaklumkan Selina akan mengamuk dan tantrum sewaktu berada di rumah.

“Semasa pulang ke Bandung, Selina diam, tidak banyak ragam dan senyum sahaja tetapi bila pulang ke rumah, bising terus,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI