fbpx

EPL: Arsenal rehatkan semua bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL masih segar dengan kejayaan menewaskan Real 3-0 pada suku akhir pertama UCL baru-baru ini. - ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memberi bayangan bakal menurunkan ‘skuad B’ dengan merehatkan pemain-pemain utama pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford di Stadium Emirates tengah malam ini.

Sebagai rekod, skuad The Gunners ketika ini lebih mementingkan aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) memandangkan perbezaan ketara 11 mata dengan pendahulu EPL, Liverpool dianggap agak mustahil untuk dipintas musim ini.

Kata Arteta, segala keputusan mengenai kesebelasan utama hanya akan dibuat pada hari perlawanan dan harap sesiapa sahaja diturunkan mampu memberikan yang terbaik.

“Saya belum pasti mahu merombak kesebelasan utama atau tidak tetapi akan mahu menilai kualiti semua pemain pada sesi latihan. Kita tidak mahu ada pemain yang cedera dan sudah tentu saya akan buat perancangan terbaik buat pasukan,” katanya.

Arsenal ketika ini masih segar dengan kejayaan menewaskan juara bertahan UCL, Real Madrid 3-0 pada aksi suku akhir pertama di Emirates baru-baru ini dan bakal bertandang ke Santiago Bernabeu untuk perlawanan timbal balik minggu depan.

Legenda Arsenal, Ian Wright menyeru agar Arteta merehatkan pemain-pemain penting seperti Declan Rice, Thomas Partey dan Jurrien Timber yang beraksi cemerlang untuk menyekat The Galacticos dalam misi menempah tiket ke pentas separuh akhir.

“Saya rasa hanya seorang pemain utama yang wajar diturunkan bertemu Brentford iaitu Bukayo Saka kerana dia masih memerlukan minit permainan untuk mencapai tahap kecergasan optimum.

“Selain itu, pemain-pemain lain boleh ditukar dan memberi ruang buat tonggak seperti Jorginho untuk beraksi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI