JAKARTA – Perbuatan sekumpulan wanita yang berjoget di sebuah majlis perkahwinan di mengundang perhatian netizen, lapor portal berita Lambe Turah hari ini.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @willyanggraeni97 memaparkan wanita-wanita itu menari sambil memakai baju kurung.
Meskipun memakai kasut tumit tinggi, mereka tetap bersemangat untuk membuat persembahan di hadapan tetamu.
Lebih menarik, penari-penari tersebut kelihatan sudah berusia.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.6 juta tontonan bersama 100,800 tanda suka.
“‘Makcik-makcik’ zumba,” kata seorang netizen.
“Cita-cita saya bila sudah tua. Saya mahu sibukkan diri dengan masuk kelas zumba,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI