SHAH ALAM – Penduduk di sekitar Taman Sri Muda kini mula berpindah selepas siren amaran banjir dikeluarkan lebih 10 kali sejak pagi tadi.
Berdasarkan portal Info Banjir mendapati di Stesen Sri Muda menunjukkan paras air merekodkan 4.83 meter melepasi paras amaran.
Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata penduduk mengangkat barangan mereka ke tingkat atas rumah selain membawa keluar kenderaan dan motosikal.
Situasi itu juga menimbulkan kesesakan di sekitar lokaliti itu terutama apabila limpahan air berlaku di beberapa bulatan jalan (roundabout).
Seorang penduduk ditemui, Nizam Norlian, 45, dia sedang membawa keluar empat buat motosikalnya termasuk jenis Yamaha R25.
Kata pemandu towing itu, siren amaran telah berbunyi lebih 10 kali dan dan mematuhi arahan untuk berpindah.
“Ada beberapa barangan elektrik terutama peti ais tidak diangkat ke tingkat satu. Hanya ditutup suis utama sahaja.
“Jadi, tawakal sahaja kalau rosak memandangkan tidak cukup tenaga kerja di rumah ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE