fbpx

Maggi sokong program bubur lambuk Kampung Pulau Timbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ahmad (kanan) dibantu penduduk kampung memasak bubur lambuk di Kampung Pulau Timbul di Jitra, Kedah pada bulan Ramadan lalu.

PETALING JAYA – Bubur lambuk cukup sinonim dengan menu popular dalam bulan Ramadan dan setiap negeri ada kisahnya tersendiri termasuklah bagi Kampung Pulau Timbul, Jitra, Kedah yang memiliki keistimewaannya kerana ia memiliki seorang tukang masak komuniti yang cukup mahir memasak masakan tersebut yang turut dikenali sebagai kanji tumis.

Che Ahmad Abdul Hamid, 65, berpengalaman memasak bubur lambuk sejak 20 tahun lalu untuk kampung berkenaan malah telah memasak dan mengamalkan resipi turun temurun keluarganya yang kini sudah berusia hampir 70 tahun.

Tahun ini, program memasak bubur lambuk di kampung tersebut lebih meriah selepas Nestle melalui jenama Maggi bekerjasama dalam menjayakan projek memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada komuniti dan juga kumpulan yang memerlukan.

“Setiap tahun dalam bulan puasa, kami menyediakan bubur ini selama 28 hari, bermula daripada hari kedua puasa dan kebiasaannya, kami memasak sekitar 300 mangkuk sahaja tetapi tahun ini dengan sokongan daripada Maggi, kami berpeluang berkongsi dengan lebih ramai orang sehingga mencecah lebih daripada 1,200 mangkuk,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Che Ahmad,  makanan adalah lebih daripada sekadar juadah kerana ia menghubungkan masyarakat, mengekalkan warisan dan resipi tradisional, serta menjadi satu cara untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, seperti mana bubur lambuk yang menjadi simbol kebersamaan bagi penduduk kampung, keluarga dan juga sahabat.

Tambah beliau, memasak bubur lambuk terselit keistimewaannya kerana ia memerlukan sokongan kerja berpasukan bermula daripada penyediaan bahan mentah, memasak dan mengagihkannya.

“Walaupun juadah ini kelihatan ringkas tetapi ia berjaya satukan semua orang malah kami juga dapat berkunjung ke daerah lain dan negeri lain serta dapat menghubungkan kampung kami dengan lebih ramai orang di luar komuniti ini,” jelasnya.

Che Ahmad menerangkan, kekangan umur tidak menjadi masalah kerana Maggi banyak membantu memberi semangat kepadanya untuk meneruskan projek memasak bubur lambuk apatah lagi di dalam bulan puasa.

“Ramadan tahun ini terasa lebih bertenaga, terutama sekali dengan sokongan daripada Maggi yang memberi dorongan tambahan untuk saya teruskan usaha ini,” ujarnya.

Mengulas mengenai resipi istimewanya itu, warga emas ini menerangkan, antara bahan mentah yang digunakan adalah udang kering yang memberi rasa lebih kaya kepada bubur digabungkab dengan herba seperti halba dan serai menaikkan bau wangi yang menyelerakan.

“Daripada pemilihan rempah terbaik hingga kawalan suhu, setiap langkah diambil dengan teliti supaya rasa bubur ini sentiasa sedap, resipi asal bubur ini tetap dikekalkan sejak dahulu lagi bagi memastikan rasa autentik agar ia tidak berubah.

“Lebih menarik, kami juga menggunakan Maggi Cukup Rasa yang membantu menjadikannya lebih lazat,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI