fbpx

KPWKM gesa kematian adik Zubaidi disiasat segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina.

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mahu kematian kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu dan bapa tirinya, Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malik disiasat segera dengan teliti.

Rina dalam kenyataan hari ini berkata, beliau juga mahu hukuman tegas dan setimpal diberikan kepada pesalah agar perkara sebegitu tidak berulang lagi pada masa hadapan.

“Saya ingin menzahirkan rasa hiba dan kesedihan yang amat mendalam atas kematian Allahyarham adik Zubaidi Amir Qusyairi.

“Saya berharap hukuman tegas itu juga diharap menjadi pengajaran kepada para ibu bapa yang cuai dalam penjagaan anak termasuklah yang melakukan penderaan dan salah laku kepada kanak-kanak,” katanya.

Rina berkata, KPWKM sedang mengkaji secara menyeluruh Dasar Pelindungan Kanak-Kanak Negara dengan menitikberatkan agar kanak- kanak bebas daripada segala perkara negatif melalui advokasi, pencegahan dan khidmat sokongan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI