fbpx

MAGGI® bantu 11 pusat jagaan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai di Kuantan, Pahang antara 11 pusat jagaan warga emas yang bakal menerima manfaat daripada kempen ‘Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai’.

PETALING JAYA – MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad memperkenalkan kempen ‘Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai’ bagi membantu menaik taraf kemudahan tempat tinggal dan menambah baik kebajikan penghuni di 11 pusat jagaan warga emas di seluruh negara.

Kempen yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM350,000 itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat sempena Tahun Baru Cina.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, hasil kutipan daripada kempen yang diadakan sehingga 28 Februari ini akan disalurkan untuk dana kebajikan rumah jagaan warga emas.

Menurutnya, penghuni rumah kebajikan tersebut juga akan menerima bekalan makanan bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan.

“Dalam tempoh mencabar ini, kami mahu membantu memulihkan semula semangat kumpulan yang penting dalam masyarakat iaitu warga emas di rumah-rumah jagaan warga emas yang terjejas akibat sekatan lawatan ke tempat mereka

“Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara membuatkan orang ramai terasing antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan.

En Yuan Old Folks Home, Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai, Perkampungan Rumah Sejahtera Warga Emas Islam, Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah dan Persatuan Rumah Caring Kajang adalah antara 11 penerima sumbangan dalam kempen ini.

Maklumat lanjut sila layari www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/sajian-dikongsi-kebahagiaan-dirai-2021/’

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI