fbpx

Ibu kandung Amir jalani rawatan psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEMPAT kejadian di rumah ibu bapa mangsa.

MELAKA – Polis mengesahkan ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini kelmarin pernah mendapatkan rawatan psikiatri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, bagaimanapun suspek berusia 32 tahun itu tidak disahkan sebagai pesakit mental dah hanya menjalani rawatan biasa.

“Hasil siasatan, suspek iaitu ibu kandung kanak-kanak lelaki tersebut pernah mendapatkan rawatan, namun ia sudah lama iaitu pada tahun 2019 lalu.

“Rawatan itu diterimanya di Hospital Melaka dan hanya rawatan biasa yang mana wanita itu tidaklah (mental) seperti didakwa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab hantaran tular netizen di media sosial Twitter dan Facebook mendakwa suspek yang ditahan dalam kejadian tersebut menghidapi masalah mental.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI