fbpx

Hutan Jelai terus jadi sasaran pelombong emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian jentera dan peralatan yang dirampas semasa serbuan di Kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai, Pahang baru-baru ini.

LIPIS – Kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai di sini yang dikatakan mempunyai galian emas yang tinggi terus menjadi sasaran pelombong emas haram meskipun beberapa siri tangkapan dan serbuan dilakukan sepanjang tahun lalu.

Difahamkan dalam kes terbaharu, pelombong emas berpengalaman yang menggunakan teknologi terkini melakukan aktiviti haram berkenaan di Kompartmen 86, Hutan Simpan Ulu Jelai, Mukim Batu Yon.

Pegawai Pejabat Hutan Lipis, Nor Shahrini Nordin Ahmad berkata, bagaimanapun aktiviti melombong emas secara haram itu berjaya dikesan dan disekat oleh pihaknya yang melakukan serbuan baru-baru ini.

“Serbuan dilakukan di kawasan berkenaan menemui tapak khemah sindiket terbabit dipercayai dianggotai antara empat hingga enam individu yang berpengalaman luas dalam kegiatan itu.

“Kumpulan itu dipercayai baharu menghentikan kegiatan haram yang dilakukan seterusnya meninggalkan tempat itu,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kes kali ini merupakan kejayaan pertama Pejabat Hutan Lipis tahun ini selepas sebanyak lima kes berjaya dikesan dan menahan beberapa individu pada tahun lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI