fbpx

Peremajaan parti bukan mengenai umur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Hasan menyantuni tetamu yang hadir pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pentadbiran Daerah Seremban di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, di sini, hari ini. - Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEREMBAN – Peremajaan parti bukan hanya mengenai umur semata-mata sebaliknya turut memberikan peluang kepada individu berpengalaman luas dalam arena politik termasuklah ahli akademik untuk bertanding.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemilihan Dr Mohamad Yusri Bakir 54, yang bukan dalam kalangan calon pemuda bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, bukan sahaja ahli akademik berkelulusan tinggi tetapi berpengetahuan luas dalam politik.

“Bila kita katakan meremajakan parti itu, kita tidak mengatakan dari segi umur sahaja tapi dari segi berbagai-bagai termasuklah gerak kerja dan memberikan peluang kepada ahli akademik (untuk bertanding) macam-macam.

“Kita pilih pemuda bagi PRK Nenggiri dan PRK Mahkota kerana itu calon yang terbaik dan sesuai dan ia daripada pemuda antara yang baiklah.. di Ayer Kuning Dr Mohamad Yusri ini antara yang terbaik tetapi bukan bermakna di Ayer Kuning juga perlu calon daripada kalangan orang muda, bukan… ,” katanya di sini hari ini.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pemilihan Dr Mohamad Yusri sebagai calon mewakili gabungan itu juga adalah keputusan yang tepat.

“Antara enam nama dicadangkan, kita lihat semua bagus. Dr Mohamad Yusri dipilih untuk menyambung apa yang dilakukan oleh Allahyarham Ishsam Shahruddin dan saya yakin beliau seorang calon mempunyai kredibiliti baik, latar belakang termasuklah akademik cemerlang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI