fbpx

Pirlo enggan pertahan Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO didakwa melakukan aktiviti di kawasan pergunungan di Itali ketika negara itu mengenakan kawalan pergerakan menyebabkan dia berdepan dakwaan melanggar peraturan. – AFP

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo menjelaskan, Cristiano Ronaldo perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya selepas didakwa melanggar peraturan Covid-19 menyebabkan dia disiasat polis Itali.

Ronaldo, 35, menjadi perhatian ramai selepas teman wanitanya, Georgina Rodriguez, 27, memuat naik video mereka sedang menaiki kenderaan ski di sebuah pergunungan di Itali dalam laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Mengikut peraturan sekatan Covid-19 di Itali, pasangan itu sepatutnya tidak boleh ­meninggalkan bandar Turin dan kini beri­siko dijatuhkan hukuman oleh kerajaan Itali.

“Ronaldo diberikan hari rehat dan bebas melakukan apa sahaja yang dia suka. Saya akan bertanggungjawab kalau mereka di sini kerana ia di bawah kawalan saya.

“Namun, saya tidak mempu­nyai kuasa apabila mereka di luar kelab. Mereka adalah warganegara bebas dan boleh bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri,” kata Pirlo.

Ini bukan kali pertama Ronaldo melanggar peraturan pandemik Covid-19 setelah dikritik Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora disebabkan tindakannya pulang ke Turin dari Portugal ketika masih belum melengkapkan tempoh kurantin selama dua minggu.

Begitupun, Ronaldo tetap disenaraikan dalam skuad utama Juventus bertemu Sampdoria awal pagi tadi selepas direhatkan daripada mengambil bahagian menentang SPAL untuk saingan Piala Itali pada awal pagi Rabu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI