fbpx

Dovizioso sedia ganti Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVI giat menjalani latihan ketika ini biarpun masih belum mendapat sebarang tawaran untuk kembali berlumba. – AFP

LONDON – Pengurus Andrea Dovizioso, Simone Battistella mengakui pelumba Itali itu bersedia sekira pasukan Honda memanggilnya untuk menggantikan tempat Marc Marquez yang ketika ini sedang berjuang dalam proses pemulihan akibat kece­deraan lalu.

Marquez telah menjalani pembedahan ketiga pada Disember tahun lalu dan memerlukan tempoh berehat minimum 6 bulan, sekali gus memaksa kem Honda untuk melupakan pelumba handalan itu musim ini.

Kecederaan yang dihimpit Marquez dijangka pulih pada Jun 2021, sekali gus tidak dapat menyertai perlumbaan awal musim MotoGP 2021 yang dijadualkan bermula pada 28 Mac depan di Qatar.

Selepas hilang tempat bersama Ducati, Dovizioso kini tidak mempunyai pasukan untuk ber­aksi pada musim 2021 dan hanya menunggu tawaran daripada Honda.

Battistella menegaskan Do­vizioso sedang menjalani latihan motocross dan sedia untuk kembali bersaing dalam perlumbaan MotoGP musim ini.

“Masih belum ada sebarang panggilan dari Honda lagi dan jika pasukan tersebut menawarkan tempat untuk Dovi saya rasa dia sudah bersiap sedia untuk beraksi semula.

“Dia kerap melakukan latihan motocross seperti melakukan persiapan untuk melakukan sesi ujian pramusim MotoGP nanti.

“Saya fikir, Honda kini lebih teliti dalam membuat keputusan dan mereka tidak lagi mahu membuat kesilapan kali kedua. Bulan depan merupakan keputusan penting yang akan mereka lakukan.

“Bagi saya, Dovi telah menolak semua tawaran menjadi pelumba ujian dan bebas untuk melakukan persiapan untuk kembali ke grid perlumbaan semula,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI