fbpx

Bukan restoran saya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lauk-pauk yang masih banyak di kedai kerana pelanggan yang semakin berkurangan akibat penularan berita palsu.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Hanya disebabkan berita palsu, pemilik Restoran Pokok Belacan terpaksa menganggung rugi apabila pelanggan mula menjauhi gara-gara bimbang.

Ini berpunca kononnya seorang wanita warga emas singgah menjamu selera di sebuah kafe di sini yang ditularkan sebagai kedai makan miliknya.

Wanita berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.

Pemiliknya, Khairil Adenan Hamid, 32, kesal apabila nama Restoran Pokok Belacan dikaitkan dengan viral tersebut sedangkan ia tuduhan palsu.

Dia yang mengeluh kerana terpaksa menanggung kerugian juga mengecam berita tersebut apabila kesannya turut dirasai rakan-rakan peniaga lain.

“Kedai-kedai lain yang terletak di lokasi sama juga menerima tempias termasuk pusat tuisyen berdekatan apabila ibu bapa enggan menghantar anak-anak mereka.

“Tindakan tangan-tangan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu amat mendukacitakan apabila berita tersebut kemudian disebar luas menerusi medan sosial,” ujarnya.

Difahamkan, kafe yang disinggahi oleh wanita tersebut terletak kira-kira 1 kilometer dari Restoran Pokok Belacan.

Malah, Restoran Pokok Belacan pula tidak ada menjual makanan lain selain lauk pauk untuk masakan tengah hari sahaja.

Khairil Adnan berkata, walaupun jumlah pelanggan merosot hampir 80 peratus namun dia tetap berniaga, cuma mengurangkan kuantiti masakan.

“Sekiranya terus merosot saya akan menutup perniagaan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI