PETALING JAYA – “Hati-hati apabila beli pakaian secara online (dalam talian).”
Itu pesanan seorang pakar kulit kepada orang ramai yang sering membeli pakaian secara dalam talian bagi mencegah sebarang masalah pada kesihatan.
Dikenali sebagai Dr Low di media sosial beliau berkata, sesetengah pakaian yang dijual secara ‘online’ mengandungi kandungan toksik berbahaya kepada badan manusia.
“Antaranya adalah lead (plumbum) yang boleh menyebabkan gangguan saraf dan tumbesaran kanak-kanak.
“Kehadiran bahan phthalate pula boleh mencetuskan gangguan hormon dan kesuburan selain formaldehyde menjadi punca radang kulit,” katanya.
Beliau turut menyarankan pemilihan beberapa jenis material pakaian yang tidak memudaratkan kesihatan.
“Pilihlah material fabrik seperti kapas, serat buluh, atau sutera untuk bahan mesra kulit yang lebih baik,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE