fbpx

‘Polis’ cabul, paksa wanita lakukan seks oral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BATU PAHAT – Seorang wanita dicabul dan dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian di sebuah taman permainan di sini awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa berusia 23 tahun itu dikatakan mengenali suspek menerusi media sosial.

Katanya, wanita terbabit berjumpa dengan suspek kerana ingin membantunya mengambil kereta yang didakwa sudah siap dibaiki di Simpang Renggam, Kluang dekat sini.

“Mangsa memandu keretanya mengambil suspek di Taman Banang Height dan semasa dalam perjalanan ke Simpang Renggam, saspek meminta wang RM100 daripada mangsa untuk menampung kos membaiki kenderaan.

“Sebelum tiba ke lokasi dituju suspek mengajak mangsa ke taman permainan sebuah taman perumahan di Batu Pahat sementara menunggu panggilan telefon daripada mekanik yang membaiki kenderaannya.

“Pada masa itu suspek telah meraba payu dara mangsa dan memaksa mangsa melakukan seks oral,” katanya ketika dihubungi hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI