fbpx

426 individu ditahan ingkar arahan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 426 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 404 individu dikompaun manakala 21 lagi direman dan seorang dijamin.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah, tidak memakai pelitup muka (88), tiada penjarakan fizikal (81) serta rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (40).

“Kesalahan lain pula adalah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (93), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (24), makan dan minum di premis tanpa kebenaran (20), mengadakan majlis tanpa kebenaran (6) dan lain-lain kesalahan (74),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 65,673 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Dalam pada itu, katanya, Operasi Benteng turut berjaya menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas lima buah kenderaan darat dan dua buah kapal atau bot. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI