fbpx

Ketua Polis Daerah masih lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendakwa terdapat kelemahan di tahap penyeliaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat daerah yang perlu diberikan tumpuan.

Beliau berkata, semakan dan pemeriksaan mengejut oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, masih terdapat kelemahan penyeliaan Ketua Polis Daerah dan ketua bahagian ke atas kertas siasatan sama ada melibatkan jenayah, narkotik atau jenayah komersial.

Katanya, antaranya kelemahan dan penyeliaan kertas siasatan adalah terdapat kertas siasatan yang telah mendapat arahan tuduh daripada Timbalan Pendakwa Raya hampir tujuh bulan tetapi tidak diambil tindakan oleh pegawai penyiasat.

Tambahnya, terdapat juga pegawai penyiasat tidak menghantar kertas siasatan untuk edaran pertama dalam tempoh 24 jam dan ada kes-kes tertentu tiada pengedaran kes dalam tempoh tiga bulan.

“Bermula Februari ini, saya akan menghantar team tindakan khas dari IPK untuk membuat pemeriksaan mengejut ke atas kertas siasatan di semua daerah.

“Sekiranya masih terdapat kelemahan dari segi penyeliaan kertas siasatan sama ada di peringkat pegawai penyiasat, pegawai penyiasat kanan, ketua bahagian dan Ketua Polis Daerah, semua akan dikenakan tindakan tatatertib, tiada tolak ansur,” katanya dalam laporan prestasi tahun 2020 dan Amanat Ketua Polis Johor hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI