fbpx

Tempoh had bekalan gas dilanjutkan – Gas Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) memaklumkan telah menerima pemberitahuan daripada pembekal berhubung tempoh pengehadan bekalan gas semasa dilanjutkan sehingga 20 April.

Menerusi kenyataan Gas Malaysia, ahli Kumpulan MMC itu akan meneruskan perbincangan bersama pelanggan yang terkesan serta kekal komited memastikan semua pihak terlibat mendapat kemas kini mengikut keadaan sesama.

“Pematuhan terhadap protokol keselamatan dan peraturan industri kekal menjadi keutamaan bagi Gas Malaysia.

“Langkah-langkah sedang dijalankan untuk meneroka penyelesaian berdaya maju yang boleh membantu mengurangkan kebimbangan pelanggan,” menurut kenyataan Gas Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Gas Malaysia berusaha meminimumkan gangguan kepada bekalan gas.

“Kumpulan MMC amat menghargai kerjasama pelanggan dan pihak berkepentingan sepanjang tempoh sukar ini.

“Gas Malaysia kekal teguh dalam komitmennya ke arah telus komunikasi dan akan terus menyediakan kemas kini apabila maklumat lanjut menjadi tersedia,” kata Gas Malaysia.

Sebelum ini, Gas Malaysia memaklumkan pihaknya melaksanakan pengehadan bekalan gas susulan penutupan sementara fasiliti gas ekoran kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

Insiden berkenaan menjejaskan beberapa pelanggan Gas Malaysia di kawasan Shah Alam, Kundang, Petaling Jaya, Teluk Panglima Garang, Pelabuhan Klang, Pulau Indah dan beberapa kawasan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI