fbpx

Lima ahli keluarga, termasuk anak sulung Ani Mayuni positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANI MAYUNI

PETALING JAYA – Penyanyi dangdut Ani Maiyuni memohon peminatnya untuk mendoakan keselamatan ahli keluarganya yang dijangkiti Covid-19.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Facebook miliknya semalam, Ani Maiyuni atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman memaklumkan bahawa lima ahli keluarganya telah disahkan positif Covid-19, termasuk anak sulungnya, Wirda Viviana Zairi, 16.

“Assalamualikum. Jika ada disini saya memohon doa kalian untuk mendoakan anak sulung saya, ibu mertua, adik bongsu, adik ipar dan anak buah saya berusia 10 tahun yang disahkan positif Covid-19.

“Jangan salah anggap ya. Kami semua duduk rumah berasingan. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi kami tidak berjumpa sehinggalah hari ini.

“Kami sekeluarga tidak keluar ke mana-mana pun,” ujar penyanyi yang popular menerusi lagu Sedap itu.

Dalam hantaran tersebut, penyanyi berusia 43 tahun itu juga memberitahu dia serta ahli keluarga yang lain sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah dan menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ani bagaimanapun tidak memberitahu sejak bila ahli keluarganya mula disahkan positif virus maut tersebut.

“Terima kasih. Doakan yang baik-baik,” katanya dalam hantaran tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI