fbpx

‘Call centre’ sindiket ah long diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA peralatan termasuk komputer dan telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan ke atas sindiket ah long di Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor semalam. Foto IHSAN POLIS

JOHOR BAHRU – Dua wanita warga tempatan diberkas selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long dalam dua serbuan berasingan semalam.

Dalam serbuan pada pukul 8.30 pagi itu, kedua-dua suspek yang ditahan berusia 28 dan 19 tahun ditahan dalam Ops Vulture di beberapa lokasi di Bukit Indah, Gelang Patah dan Ulu Tiram di sini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Abdullah berkata, suspek disyaki bekerja dengan sindiket ah long berkenaan.

“Dalam serbuan ke atas sebuah kondominium di Bukit Indah, polis juga merampas pelbagai peralatan yang disyaki digunakan sindiket termasuk tiga buah komputer dan 236 buah telefon bimbit pelbagai jenama.

“Siasatan awal polis mendapati premis berkenaan dijadikan pusat panggilan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Salleh berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi mengesan saki-baki ahli sindiket yang terlibat dalam kegiatan jenayah itu.

Katanya, kedua-dua wanita berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

“Polis menyeru agar orang ramai mengelak dari meminjam wang dengan ah long sebaiknya buatlah pinjaman dengan institusi kewangan yang berdaftar,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI