fbpx

Keluhan pemain Kedah isu gaji tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERMAN membuat keluhan mengenai tunggakan gaji pada laman Instargramnya baru-baru ini.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

“Masa yang sangat sukar, tiada siapa sepatutnya dibenarkan melalui semua ini. Beri 100 peratus dan tidak memperoleh apa-apa. Berapa bulan lagi?”

Itu keluhan pemain import Kedah, Kpah Sherman di laman sosial Instagramnya yang menjadi tular dalam kalangan peminat bola sepak Kedah ketika ini. 

Semuanya dipercayai menjurus kepada isu gaji yang difahamkan tertunggak selama lima bulan.

Tidak hanya pemain, malah para penyokong Helang Merah turut mendesak isu itu diselesaikan segera terutamanya di laman media sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). 

Walaupun tidak melibatkan wang kocek mereka, namun para peminat sudah pasti tidak mahu isu ini merencatkan aksi pasukan kesayangan ketika Liga Malaysia dijangka bersambung tidak lama lagi.

Namun ketika ini, KFA sendiri tampak berdepan situasi sukar untuk melunaskan tanggungjawab itu. 

Salah seorang ahli jawatankuasa yang dihubungi memberi jawapan ‘tidak boleh komen’ sebelum memaklumkan perkara itu merupakan antara isu yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat KFA pada 3 Ogos depan.

“Apa yang boleh saya katakan, kita sedang berusaha. Nilainya bukan sedikit.

“Ini hal persatuan, jadi kita kena bermesyuarat dan pada masa sama memang sedang berusaha,” katanya.

Sementara itu, salah seorang tonggak pasukan yang enggan mendedahkan namanya mengakui isu gaji merupakan antara perkara yang sering dibincangkan setiap kali pemain bertemu.

“Kami faham kesukaran dihadapi tambahan pula ketika isu Covid-19 masih belum selesai. Kalau tertunggak sebulan dua, kami boleh terima tetapi ini dah sampai lima bulan, berat juga rasanya.

“Masing-masing ada komitmen kewangan, kena fikir semua itu. Tetapi saya masih ada hormat kerana rakan-rakan sepasukan tetap turun berlatih dan memberi 100 peratus di padang latihan,” ujarnya.

Begitu pun katanya, mereka masih berharap untuk bertemu dengan pihak pengurusan KFA terutamanya setelah persatuan itu diterajui presiden serta naib presiden baharu iaitu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor dan legenda Kedah, Muhammad Radhi Mat Din sejak 12 Julai lalu.

“Setakat ini masih belum ada pertemuan antara pemain dan pihak pengurusan,” katanya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI