fbpx

GV7 satukan Ashira, Bad Indigo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashira, Bad Indigo bertemu jodoh di GV7

PETALING JAYA – Dua bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Ashira Aziz dan Bad daripada kumpulan Indigo sedang dilamun cinta dan bercadang untuk bernikah pada Mac depan.

Ashira berkata, dia terbuka hati menerima Bad dalam dirinya kerana melihat keikhlasan dan keberanian yang ditonjolkan oleh lelaki itu.

“Perkenalan kami bermula semasa sesi penggambaran promosi GV7 beberapa bulan lalu.

“Dia (Bad) seorang yang berani dan gentleman. Masa mula berkawan, dia sudah berani berjumpa dengan bapa saya,” kata penyanyi yang popular menerusi lagu Di Ombak Resah itu.

Ashira Aziz

Ashira atau nama sebenar­nya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36, memberitahu, hubungan cintanya dengan lelaki berusia 46 tahun itu telah pun diketahui dan mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah yang ditemui ketika menemani Ashira menjalani sesi fotografi bersama Kos­mo! berkata, pada awalnya dia tidak mengenali Ashira secara terperinci.

“Ketika kali pertama bertemunya, (Ashira) saya terus mencari maklumat me­ngenainya di internet. Jujur saya katakan saya tidak kenal siapa Ashira (sebelum ini),” kata Bad.

Bad Indigo

Menurut Bad lagi, selepas berkenalan dan bertukar nombor telefon, Ashira mengirim mesej kepadanya untuk bertanyakan tentang lagu Sehidup Semati nyanyian Indigo.

“Sejak dari itu, kami berhubung setiap hari sebelum hati terpaut,” kata duda kepada sepasang cahaya mata tersebut.

Kata Bad lagi, dia berniat untuk memperisterikan Ashira dengan segera, lebih-lebih lagi selepas kerajaan Sela­ngor membuat pengumuman membolehkan pasangan untuk bernikah secara dalam talian.

Sebelum ini, Ashira yang juga ibu tunggal anak satu, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, pernah berkongsi dia dihalau kerana gagal membayar sewa selama enam bulan disebabkan tiada pendapatan.
Kejadian berlaku sehari selepas penyanyi itu mendapat tahu dia layak menyertai GV7.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI