fbpx

Mourinho salahkan benteng pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO berang melihat benteng pertahanannya melakukan kesilapan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kekalahan 1-3 kepada Liverpool. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho membidas barisan pertahanannya selepas tewas 1-3 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, tiga gol Liverpool dijaringkan Roberto Firmino, Trent Alexander-Arnold dan Sadio Mane sementara gol Spurs disumbangkan Pierre-Emile Hojbjerg.

Kata Mourinho, mereka gagal menampilkan aksi seperti biasa apabila melakukan banyak kesilapan sejak minit pertama, sekali gus membuka ruang buat pasukan pelawat melakukan serangan.

“Amat sukar untuk menghalang pemain daripada melakukan kesilapan. Saya tidak kisah mereka buat silap jika sudah jaringkan empat gol menentang Liverpool.

“Kami hampir dibolosi seawal minit pertama apabila Mane mengambil kesempatan atas kesilapan kami,” kata Mourinho.

Tambah bekas pengurus Chelsea itu lagi, sebahagian pemain meluahkan kekecewaan atas kekalahan tersebut meskipun mereka sudah menampilkan aksi terbaik.

“Ada pemain yang kecewa kerana kami tewas gara-gara kesilapan individu yang memberi kesan besar,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI