fbpx

Ibu menggigil lihat jasad anak terbujur kaku di lokasi nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohayu (kanan) menunjukkan kasut dan beg putih yang sepatutnya dipakai oleh arwah Nurul Aleeya Balqis pada 1 Syawal ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Chenok, Rantau Panjang hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL/ KOSMO!

RANTAU PANJANG – Seorang ibu menggigil melihat jenazah anak perempuannya yang terbujur kaku selepas maut dalam kemalangan membabitkan kemalangan dua motosikal di Gual Tinggi, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, Nurul Aleeya Balqis Mohd. Noor, 14, dan seorang lagi penunggang motosikal berasingan, Zurini Muhammad Nor, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rakan Nurul Aleeya Balqis yang dikenali Eyra Farisya Faisal, 14, yang membonceng motosikal bersama arwah mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Ibu kepada Nurul Aleeya Balqis, Rohayu Ab.Rashid, 47, berkata, dia tidak mampu menahan sebak selepas mengetahui kemalangan menimpa anaknya itu.

“Sebaik sahaja menerima khabar duka itu, saya bersama suami, Mohd. Noor Daud, 57, terus ke lokasi kejadian.

“Melihat jasad Nurul Aleeya Balqis yang sudah terbujur kaku, saya mengigil dan tidak sanggup melihatnya,” katanya.

Rohayu memberitahu, dia bagaimanapun reda dengan pemergian anaknya itu ketika mereka sekeluarga sudah membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurutnya, jenazah Nurul Aleeya Balqis akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang di sini petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI