fbpx

Perak laksana e-Tanah mulai 15 Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua dari kiri) bersama Ahmad Suaidi (dua dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian konsesi sistem e-Tanah yang diadakan secara maya bersama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri Perak melalui Pejabat Tanah dan Galian Perak akan melaksanakan projek e-Tanah iaitu sistem berkomputer bersepadu bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah mulai 15 Februari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, e-Tanah akan membolehkan pengguna mengemukakan permohonan dan pembayaran cukai tanah secara atas talian.

“Sistem tersebut dilihat sebagai salah satu pendorong penting kepada penggunaan teknologi secara dalam talian sepenuhnya bagi memobalisasi penyampaian perkhidmatan awam secara digital.

“Pendigitalan perkhidmatan awam bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan terutamanya ketika negara masih dibelenggu pandemik Covid-19.

“Langkah itu adalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan suatu sistem penyampaian pengurusan tanah yang lebih mudah, komprehensif dan selamat digunakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saarani berkata, melalui sistem e-Tanah, transaksi permohonan dan pembayaran akan dilakukan tanpa wayar, tanpa kertas dan tanpa tunai. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI