fbpx

Usaha berterusan kerajaan tingkatkan tadbir urus, perangi rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan  melalui  Jawatankuasa  Khas  Kabinet  Mengenai  Anti  Rasuah  (JKKMAR) akan sentiasa  melihat  kepada  kaedah  dalam  meningkatkan  tadbir  urus pentadbiran kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, kerajaan  juga tidak  pernah  dan  tidak  akan  berkompromi  dengan  mana-mana pelaku rasuah  serta  tindakan  tegas  akan  diambil  mengikut  prinsip  ‘rule  of  law’.

Katanya, pihaknya mengambil maklum berhubung  keputusan  Indeks  Persepsi Rasuah  (CPI)  2020  yang diumumkan  oleh  Transparency  International  (TI) semalam  iaitu  skor sebanyak  51/100  dan kedudukan  57/180  buah  negara.

“Walaupun  skor  dan  kedudukan  negara  menurun  sedikit  dari tahun lalu,  namun perlu  ditegaskan  bahawa dasar  dan  komitmen  kerajaan  dalam  memerangi  rasuah  dan meningkatkan  tadbir  urus  kerajaan  adalah  jelas  serta  berterusan,” katanya.

Kenyataan itu berkata, Pelan  Antirasuah  Nasional  (NACP)  masih  diteruskan seperti yang  telah  dimaklumkan  pada  peringkat  awal  pemerintahan  kerajaan Perikatan Nasional.

Ini katanya, bagi meningkat  tadbir  urus  kerajaan  selain  mengurangkan  dan  menutup  peluang rasuah  dalam  pentadbiran kerajaan.

Laporan CPI 2020 oleh TI semalam mendedahkan Malaysia jatuh enam anak tangga kepada kedudukan ke-57 daripada keseluruhan 180 negara.

Menurut laporan sama, Malaysia juga mencatat skor 51 daripada 100 berbanding skor 53 pada 2019, berdasarkan tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara dengan mengikut skala 0 (paling korup) hingga 100 (paling bersih).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI