fbpx

FAMA Terengganu anjur Semarak Syawal tawar persediaan raya murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Fadlee (kanan) menyerahkan bakul Jualan Agro Madani kepada pelanggan sewaktu pelancaran program Semarak Syawal di Pasar Tani Jerteh, Besut hari ini.

BESUT – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil inisiatif menganjurkan program Semarak Syawal
di tiga Pasar Tani Kekal (PTK) dan dua pasar tani di Terengganu.

Pengarah FAMA Terengganu, Muhamad Fadlee Hassan berkata, program Semarak Syawal tersebut menawarkan barangan keperluan raya lebih murah 30 peratus daripada pasaran.

“Program ini bertujuan membantu meringankan lagi beban pengguna untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

“Lima PTK dan pasar tani terpilih iaitu Jerteh di sini, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Hiliran dan Chendering, Kuala Terengganu serta Chukai, Kemaman,” katanya di PTK Jerteh di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas melancarkan program Semarak Syawal peringkat Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Fadlee berkata, FAMA Terengganu menyasarkan program tersebut mampu menjana jualan RM150,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI