PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Pahang, Terengganu dan Sarawak Barat.
MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari ini.
Bagi cuaca terkini, MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kawasan perairan Selat Melaka, barat laut Samui dan Sulawesi.
“Cuaca buruk ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE