fbpx

Nahas ngeri Kluang: Tiga beranak antara yang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONDA Stepwagon yang dinaiki tiga sekeluarga terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di Kilometer 58.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, Kluang malam tadi.

KLUANG – Tiga sekeluarga termasuk kanak-kanak perempuan antara lima terkorban dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini, lewat malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.48 malam itu, mangsa yang maut dikenalpasti ialah Nasarudin Pardi, 36, dan isterinya, Siti Khazira Bani, 35, serta anak mereka, Mariam Nasarudin, 2,yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stepwagon.

Mariam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu bapanya menghembus nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu dan penumpang Proton X50.

Mereka ialah Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dan seorang lelaki berusia 20-an.

Menurut Bahrin, kemalangan itu melibatkan sebuah treler, Proton X50, Honda Stepwagon dan Toyota Camry.

Bahrin berkata, lapan lagi mangsa mengalami kecederaan dirujuk ke HEBHK dan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

Tambahnya, pemandu treler ditahan untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI