fbpx

Nahas ngeri Kluang: Tayar treler pecah punca bergesel, bertembung tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Honda Stepwagon Spada yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, Kluang malam tadi.

KLUANG – Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca utama kemalangan ngeri melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam tadi.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.30 malam itu turut meragut lima nyawa selain lapan lagi mangsa mengalami kenderaan dengan semua mangsa dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang dan Hospital Kulai.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil siasatan awal kejadian berlaku ketika treler kontena jenis Volvo dipandu lelaki berusia 35 dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan dikatakan pecah menyebabkannya kenderaan itu hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta Toyota Camry yang turut dalam arah perjalanan sama.

“Akibat kejadian itu lori kontena itu telah terbabas dan memasuki laluan bertentangan dan berlanggar dengan kereta Proton X50 dan Honda Stepwagon Spada.

“Pelanggaran itu turut menyebabkan berlaku kebakaran ke atas kereta Honda Stepwagon Spada, bagaimanapun semua mangsa sempat dikeluarkan pengguna jalan yang kebetulan berada di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, mangsa yang meninggal dunia ditempat kejadian adalah pemandu dan penumpang Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, lelaki dipercayai Melayu berumur 20-an dan penumpang Honda Stepwagon Spada, Mariam Nasarudin, 2.

Manakala pemandu dan penumpang hadapan Honda Stepwagon Spada iaitu pasangan suami isteri, Nasaarudin Pardi, 36, dan Siti Khazira Bani, 35, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Pemandu treler kontena ditahan untuk siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI