fbpx

Kanada punca Alphonso Davies cedera ACL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehilangan Davies bakal memberi tamparan hebat buat kelab Bayern Munich musim ini. - Foto AFP

MUNICH – Ejen bola sepak terkenal, Nedal Huoseh mengkritik pengurusan skuad kebangsaan Kanada yang dianggap sebagai punca anak buahnya, Alphonso Davies mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada aksi Liga Negara-Negara Amerika Utara semalam.

Pada perlawanan itu, Davies diletakkan dalam kesebelasan utama untuk membantu skuad Les Rouges menewaskan seteru tradisi, Amerika Syarikat (AS) 2-0.

Namun, Davies hanya beraksi selama 12 minit sebelum dikeluarkan oleh ketua jurulatih, Jesse March selepas dilihat meraung kesakitan di atas padang.

Menurut Househ, barisan kejurulatihan Kanada wajar dipersalahkan kerana mengetahui bintang pertahanan Bayern Munich itu tidak berada pada tahap 100 peratus untuk beraksi di peringkat antarabangsa.

“Selepas aksi menentang Mexico, tahap kecergasan Davies membimbangkan dan saya jangka dia tidak diturunkan untuk bertemu AS. 

“Mungkin sebab tugasnya selaku kapten, jurulatih memberi tekanan kepada Davies hingga kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan terjadi,” kata Huoseh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI