IPOH – Seorang wanita mengalami kerugian RM3,000 selepas dia ditipu dua ejen sindiket nombor ekor yang diiklankan menerusi Facebook sejak Disember lalu.
Mangsa yang berusia 42 tahun itu mendakwa, kali pertama dia kerugian RM500 apabila menyerahkan wang tersebut kepada seorang lelaki bernama Kelvin yang mengaku sebagai ejen agensi nombor ramalan pada 10 pagi 1 Disember lalu.
“Kelvin sekali lagi meminta saya memasukkan lagi RM1,500 dan RM4,450 untuk mendapatkan tip namun saya tolak.
“Saya kemudian berhubung dengan seorang lelaki dikenali Sam juga melalui Facebook yang meminta saya membayar kepadanya sebanyak RM1,000 pada 20 Januari lalu dan RM1,500 dua hari kemudian,” katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP Perak di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Menglembu, Steven Chaw. -K! ONLINE