fbpx

Salam Perantauan 28 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAMAT hari raya buat keluarga nun jauh di Sabah dan Kedah.
Walaupun jauh di mata, namun sentiasa dekat di hati.
Semoga raya yang akan datang, kita dapat beraya bersama. Salam sayang dan rindu buat keluarga semua. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Siti Jaffar dan Syafiq Hamdan
Lokasi: Andong, Korea Selatan

 

DI kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga terutamanya di Kuantan, Pahang.
Tidak dilupakan juga buat saudara-mara dan nenek di Raub.

Daripada: Asfarina
Lokasi: Seoul, Korea Selatan

 

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga dan semua kenalan kami.
Mohon maaf zahir dan batin daripada kami pelajar Pondok Moderen Darusalam Gontor 1. Semoga lebaran ini penuh makna buat kita semua.

Daripada: Pelajar PM Darusalam Gontor 1
Lokasi: Ponorogo, Surabaya, Indonesia

 

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri untuk rakan-rakan dan keluarga yang berada di Labuan.
Semoga Syawal kalian pada tahun ini disambut dengan gembira seperti sebelumnya walaupun saya tidak ada di samping anda ketika beraya tahun ini.
Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada terguris hati, perasaan dan semoga kalian semua sihat selalu.

Daripada: Jefrey Juniran
Lokasi: Seoul, Korea Selatan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI