fbpx

Bakal pengantin di zon merah perlu jalani ujian calitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dikehendaki menjalani ujian calitan Covid-19 sebelum akad nikah masing-masing bermula 1 Februari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd. Yusri Md. Daud berkata, mereka juga perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) Covid-19 itu kepada Pegawai Agama Daerah dalam tempoh tiga hari sebelum akad nikah berlangsung.

“Ujian RTK-Ag ini  boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan termasuk swasta dan kos ujian adalah tanggungan pemohon sendiri.

“Bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri pula hendaklah mendapat kebenaran merentas daerah dan negeri daripada pihak polis. JHEAIK dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan apa-apa surat sokongan bagi tujuan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Yusri berkata, majlis akad nikah itu akan dilaksanakan di PAID dan hanya boleh dihadiri jurunikah, saksi, pengantin lelaki dan perempuan serta seorang wali dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP).

“Jurunikah pula membabitkan tiga Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (PPNCR) yang bertugas mengikut sistem penggiliran jadual ditetapkan PAID.

“Permohonan kebenaran yang lengkap sahaja akan diproses,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI