fbpx

Arsenal bakal kempunan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA (kiri) bakal kehilangan tiga pemain buruan dalam jendela perpindahan musim panas nanti. - AFP

LONDON – Arsenal kini berdepan ancaman besar dalam usaha mendapatkan penjaga gol Espanyol, Joan Garcia selepas Atletico Madrid dan Barcelona turut memasuki perlumbaan untuk menandatangani bintang meningkat naik Sepanyol itu.

Pemain berusia 23 tahun itu telah lama menjadi sasaran utama pengurus Arsenal, Mikel Arteta sebagai pelapis kepada pilihan utama, David Raya di Emirates apabila hampir mendapatkan khidmatnya tahun lalu tetapi perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan.

Kini, Atletico dikatakan menawarkan strategi lebih menarik iaitu meminjamkannya kembali ke Espanyol untuk menghadapi musim depan sekali gus memberikan kelebihan dalam rundingan antara kedua-dua kelab.

Tawaran itu dijangka lebih menarik bagi Garcia dan Espanyol yang mahu memastikan penjaga gol muda mereka terus mendapat minit permainan mencukupi.

Bukan hanya Garcia yang kini menjadi rebutan, beberapa sasaran utama Arsenal dalam pasaran perpindahan musim panas nanti juga sedang dipantau oleh kelab-kelab gergasi Eropah.

Antaranya, Real Madrid kini mula menunjukkan minat terhadap Martin Zubimendi meskipun Arsenal telah lama cuba mencapai persetujuan dengan Real Sociedad sementara pemain sayap berbakat Athletic Bilbao, Nico Williams turut menarik perhatian Barcelona, Chelsea dan Aston Villa.

Dengan persaingan sengit daripada kelab-kelab elit Eropah, Arsenal perlu bertindak pantas dan lebih agresif jika mahu memperkukuhkan pasukan dalam misi merealisasikan impian menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI