fbpx

Pengetua pulas telinga murid salah tulis G didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Seorang pengetua sebuah tadika didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mencederakan anak muridnya berusia enam tahun dengan cara memulas telinga hanya kerana tersalah tulis huruf G.

Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir menjatuhkan hukuman denda itu selepas tertuduh berusia 61 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara 20 hari jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa cara memulas telinga mangsa pada pukul 11.30 pagi, 6 Mac 2024.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Jenifer Irithusamy merayu mahkamah mengenakan hukuman denda minimum selain memberi peluang kepada anak guamnya menentukan kehidupan ke arah lebih baik.

“Tertuduh merupakan ibu tunggal dan mempunyai dua anak dengan pendapatan RM3,000 sebulan. Tertuduh memohon maaf kepada mahkamah, polis dan mangsa atas perbuatan ini selain berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi peribadi selain pengakuan bersalah bukan automatik untuk mendapatkan hukuman ringan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian ibu mangsa dimaklumkan oleh anak sulungnya berusia 10 tahun mengatakan mangsa dipukul oleh tertuduh dengan pen ‘marker’ di tangan kanan.

Tertuduh juga menarik dan memulas telinga mangsa kerana tersalah menulis huruf G. Pegawai perubatan mengesahkan terdapat kecederaan tisu lembut pada telinga kanan mangsa. – KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI