fbpx

Kemalangan di beberapa lebuh raya utama, trafik perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup di beberapa lebuh raya utama pada petang ini.

PETALING JAYA – Keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan pada petang ini susulan beberapa kemalangan.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) menerusi hantaran di laman X memaklumkan, ketika ini aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan dari arah utara.

“Berlaku kemalangan di Kilometer (KM) 277.1 Bandar Ainsdale ke Nilai dan selepas Plaza Tol Sungai Besi di pusat bandar raya.

“Selain itu trafik perlahan ke arah selatan iaitu di Kempas ke susur Lebuh raya Pasir Gudang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, berlaku kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di E1 menyebabkan trafik bergerak perlahan.

“Terdapat kemalangan di KM 26.1 arah Selatan dari Bukit Lanjan ke Jalan Duta.

“Lorong kiri terhalang. Trafik perlahan,” katanya.

Di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2), satu kemalangan dilaporkan di KM 312.86 arah Utara dari Kijal ke Ketereh.

“Lorong kanan terhalang bagaimanapun keadaan trafik terkawal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI