fbpx

United kena bayar tambahan £9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kanan) yang dibawa masuk pada Januari lalu berjaya mengubah nasib United. - AFP

MANCHESTER – Manchester United perlu membayar tambahan £9 juta (RM48.8 juta) atas perjanjian Bruno Fernandes kepada Sporting Lisbon.

Pemain tengah itu telah memainkan watak penting melonjakkan kecemerlangan prestasi United sejak berhijrah dari Lisbon dengan yuran perpindahan bernilai £47 juta (RM255 juta) pada Januari lalu.

Terdapat beberapa klausa dalam kontrak perjanjian Fernandes yang menyaksikan United perlu membayar tambahan £4.5 juta (RM24.4 juta) jika pemain tengah tersebut telah membuat 20 penampilan bersama kelab baharunya itu.

Skuad berpangkalan di Old Trafford itu juga perlu menambah lagi £4.5 juta (RM24.4 juta) jika The Red Devils berjaya menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas sekali gus layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

FERNANDES (kanan) berjaya menjadikan jentera tengah lebih kemas dan membantu jentera serangan United dengan lebih mantap. AFP

 

Difahamkan, Sporting pada awalnya menganggap klausa perjanjian itu mengarut dan tidak realistik memandangkan United ketika itu dilihat seakan-akan tiada peluang kerana prestasi yang cukup mengecewakan. 

Bagaimanapun, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berjaya mengubah situasi itu dengan magisnya tersendiri sebelum rekod 18 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan lebur di tangan Chelsea sewaktu separuh akhir Piala FA baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, United cuma perlu mengelak daripada kalah kepada Leicester City pada aksi terakhir EPL di Old Trafford, Ahad ini untuk mengesahkan slot mereka ke Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI