fbpx

Ridzokumura kesal duit arwah Akiko lesap RM70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ridzokumura mendakwa wang RM60,000 hingga RM70,000 milik arwah Akiko Okumura lesap begitu sahaja.

PETALING JAYA – Usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzuan Ridzokumura mendakwa wang bernilai antara RM60,000 hingga RM70,000 milik arwah isterinya, Akiko Okumura lesap begitu sahaja.

Menerusi perkongsian oleh @Ridz_Okumura di TikTok, wang berkenaan disimpan dalam dua sampul dalam beg tangan arwah isterinya sebelum didapati tiada.

“Duit yang hilang bukanlah sedikit, saya anggarkan dalam RM60,000 sehingga RM70,000. Duit itu adalah lebihan setelah balik bercuti dari Jepun Februari lalu.

“Masa itu saya dalam keadaan kehilangan jadi baru nak periksa semula apa yang patut, dua tiga hari lepas barulah saya perasan.

Ridzuan meluahkan kekecewaan terhadap individu yang mengambil duit berkenaan yang dianggap sebagai tindakan tersebut amatlah keterlaluan.

“Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil, bukan orang luar orang sekeliling juga sebab yang datang ketika itu pun kawan-kawan terdekat, polis, forensik dan sebagainya,” katanya.

Televisyen litar tertutup di kediamannya juga dilaporkan tidak berfungsi menyukarkan usaha mengenal pasti individu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI