fbpx

405 mangsa ‘terkandas’ di PPS kerana banjir termenung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah penduduk di Benut, Pontian yang masih digenangi air banjir termenung hari ini.

JOHOR BAHRU – Situasi banjir termenung di kawasan kediaman menyebabkan 405 mangsa daripada 116 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) kekal beroperasi setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa melibatkan dua daerah iaitu Batu Pahat dan Pontian.

Menurut beliau, jumlah itu bagaimanapun merupakan penurunan berbanding seramai 449 mangsa di tujuh PPS yang direkodkan pukul 4 petang, semalam.

“Tiga PPS yang beroperasi di Batu Pahat menempatkan 364 mangsa, manakala dua PPS di Pontian menempatkan 41 mangsa.

“Mereka masih tidak dapat pulang ke kediaman masing-masing kerana air di kawasan kediaman mangsa masih belum surut sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI