fbpx

Pesawat AirAsia mendarat cemas, enjin terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat AirAsia jenis Airbus320 yang mengalami kebakaran enjin selamat mendarat di KLIA2 malam tadi.

SEPANG – Sebuah pesawat AirAsia jenis Airbus A320 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shenzhen terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) selepas mengalami kebakaran enjin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar pukul 10.37 malam.

Beliau berkata, seramai sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) telah dikejarkan ke lokasi dan tiba pada pukul 10.45 malam.

“Pesawat yang membawa 171 penumpang dan anak kapal itu mengalami kebakaran pada bahagian enjin kanan akibat kerosakan Pneumatic Ducting Burst.

“Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan oleh sistem Halon pesawat sebelum mendarat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pesawat selamat mendarat di runway 3 KLIA2 pada pukul 12:08 tengah malam tadi tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya telah memastikan tiada lagi punca kebakaran sebelum membantu proses pemindahan penumpang dengan selamat.

Menurutnya, Pasukan Airport Fire and Rescue Service (AFRS) KLIA turut memberikan bantuan dengan tiga anggota serta satu jentera FRT.

“Setakat ini, punca kebakaran disahkan berpunca daripada kegagalan saluran udara pesawat, dan pihak berkuasa penerbangan dijangka melakukan siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI