fbpx

Hasil M&G susut kepada RM74.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Marine & General Berhad (M&G)  mencatat hasil sebanyak RM74.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025 susut  16.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil terkumpul bagi tempoh sembilan bulan pula adalah sebanyak RM258.4 juta turun 2.4 peratus berbanding RM264.9 juta tempoh yang sama tahun lalu.

Seiring dengan prestasi hasil yang rendah, Kumpulan telah mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM7.3 juta susut sebanyak 60 peratus daripada RM18.1 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan, penggunaan armada bagi bahagian huluan dan hiliran dalam suku masing-masing adalah 63 peratus dan 73 peratus berbanding 77 peratus dan 78 peratus masing-masing yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.

“Bahagian huluan menjadi penyumbang utama kepada hasil dengan sumbangan sebanyak 80 peratus manakala segmen hiliran pula menguasai baki 20 peratus,” katanya.

M&G menjelaskan, bagi tempoh terkumpul sembilan pula, penggunaan arma bagi segmen huluan adalah 72 peratus dan 80 peratus untuk segmen hiliran berbanding masing-masing 75 peratus dan 85 peratus tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Faktor penyusutan hasil bagi tempoh sembilan bulan itu adalah kerana pelupusan dua buah kapal tangki.

“Meskipun penggunaan arma bagi kedua-dua segmen huluan dan hiliran lebih rendah berbanding tahun sebelumnya tetapi kesannya telah dapat diimbangi melalui kadar sewa yang lebih tinggi,” jelasnya.

Selain itu, Kumpulan memaklumkan bahawa, meskipun M&G mencatat hasil yang rendah dalam tempoh terkumpul sembilan bulan, ia telah mencapai rekod yang lebih tinggi dalam keuntungan sebelum cukai kepada RM43 juta berbanding RM41.5 juta tempoh yang sama sebelumnya.

“Lonjakan dalam keuntungan sebelum cukai dipacu oleh kecekapan kos yang membantu mengurangkan kesan daripada hasil yang rendah dan juga kos kewangan dalam pembayaran semula pembiayaan secara berkala,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI