fbpx

76,000 babi dijangkiti wabak ASF dilupuskan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham ketika sidang akhbar di pejabatnya hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Sebanyak 76,000 ekor babi yang disahkan positif jangkitan wabak demam babi Afrika (ASF) di Selangor dilupuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) minggu lalu.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim berkata, pemerhatian pihaknya mendapati kes ASF hanya berlaku di Kuala Langat dan Sepang dengan 65 daripada 115 ladang babi dikesan mempunyai wabak itu termasuk sebuah ladang haram.

“Kerja survelan dan pensampelan dilakukan oleh DVS Selangor sehingga 25 Februari lalu. Pemeriksaan mendapati 76,000 ekor babi dijangkiti ASF dan dilupuskan minggu lalu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Izham memberitahu, sebanyak 68 babi dan 9,405.7 kilogram (kg) karkas babi disita atas pelbagai kesalahan antaranya melibatkan pemindahan haiwan tanpa kebenaran atau secara tidak sah.

Ujarnya, kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM472,900 dan tujuh kertas siasatan dibuka DVS mengikut Seksyen 34 dan Seksyen 36 Akta Binatang 1953 untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, katanya, kerajaan Selangor memperuntukkan RM6 juta bagi mengagihkan sumbangan 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing sempena sambutan Aidiladha Jun depan menerusi Program Sumbangan Korban Negeri Selangor (PSKNS)- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI