fbpx

Diskaun tol 50 peratus Jumaat, Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan Madani mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena sambutan Aidilfitri 2025.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban rakyat dan memastikan kelancaran perjalanan sepanjang musim perayaan.

“Pemberian diskaun tol ini akan dilaksanakan bermula dari pukul 12.01 tengah malam, 28 Mac 2025 (Jumaat) dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam, 29 Mac 2025 (Sabtu).

“Implikasi kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan Madani dianggarkan RM19.69 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi tol terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, diskaun tol itu akan diberikan kepada kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Menurut Nanta, pemberian diskaun itu adalah kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang diberikan sejak 2023 bagi keempat-empat musim perayaan utama di semenanjung Malaysia.

“Ia selaras dengan teras utama Kerajaan Malaysia Madani iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Semua pengguna lebuh raya diharap dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI