fbpx

Insentif kuota data minimum 5GB pada hari pertama Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi di sini, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Semua rakyat Malaysia yang juga pengguna perkhidmatan telekomunikasi akan menikmati kuota tambahan minimum 5GB pada Hari Raya pertama yang dijangka pada Isnin depan.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Menurutnya, insentif itu terpakai bagi semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warganegara Malaysia sama ada yang menggunakan prabayar atau pascabayar.

“Tambahan kuota data ini sah bagi tempoh minimum 24 jam tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, REDtone dan XOX Com.

“Insentif itu adalah usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani.

“Maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi,” katanya.

Fahmi berkata, kos insentif itu tidak ditanggung kerajaan sebaliknya ditawarkan secara percuma oleh syarikat penyedia telekomunikasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI