fbpx

‘Anak lebih sayang pengasuh daripada saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIKAH mengakui berasa cemburu dengan pengasuh kerana berasakan anaknya lebih menyanyangi wanita itu berbanding dirinya.

PETALING JAYA – Pelakon Datin Atikah Suhaime menzahirkan rasa sedih kerana merasakan anak perempuannya, Lyla Mulan Teh lebih menyayangi pengasuh berbanding dirinya.

Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime berkata, dia kecewa kerana tidak mampu menenangkan Mulan yang meragam.

“Tak pasti kalau ada yang rasa sama macam saya selepas bersalin.

“Lama tak kongsi tentang kehidupan sebab banyak sangat yang saya rasa sekarang.

“Salah satunya sangat merepek iaitu rasa baby Mulan lebih sayangkan pengasuh daripada saya,” katanya dalam satu video TikTok baru-baru ini.

Kata Atikah, Mulan akan menangis setiap kali bersamanya berbanding ketika dijaga pengasuh.

“Bila dengan pengasuh, elok sahaja. Bila saya jaga, mulalah menangis dan menjerit.

“Apa yang lagi menyedihkan, setiap kali Mulan jerit, suami saya akan suruh panggil pembantu yang uruskan.

“Sedangkan saya juga melakukan perkara saya yang pengasuh ajar,” ujarnya.

Paling menyedihkan hati kata Atikah, suaminya meminta memanggil pengasuh setiap kali Mula mula menangis.

“Ini benda kecil tetapi menyedihkan.

“Maaf kepada pengikut kerana terpaksa melayan ‘postpartum’ saya ketika ini sedangkan saya adalah seorang yang sangat positif,” katanya lagi.

Dalam masa sama, keluarganya turut mempertikai dia mencemburui pengasuh Mulan.

“Ada tak rasa cemburu terhadap pengasuh?

“Sebab satu keluarga tidak faham kenapa saya selalu nak ‘melekat’ dengan Mulan 24 jam.

“Sebenarnya cemburu dengan pengasuh sendiri,” ujarnya lagi.

Pada 8 Mac lalu Atikah selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Terdahulu, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI