fbpx

AS lancar 17 serangan di Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berjalan melalui runtuhan bangunan di lokasi serangan udara tentera AS di Sana’a kelmarin. - AFP

SANA’A – Media Houthi di Yemen melaporkan sekurang-kurangnya 17 serangan ke atas bandar Saada dan Amran, dengan menyalahkan Amerika Syarikat (AS) atas serangan itu.

Laman web Ansarollah berkata, pesawat pejuang AS melakukan serbuan udara yang agresif serta menyebabkan kerosakan material kepada harta rakyat.

Ia bagaimanapun tidak memberikan butiran kematian.

Washington pada 15 Mac lalu mengumumkan serangan ketenteraan terhadap Houthi yang disokong Iran.

Ia berikrar akan menggunakan kekuatan yang hebat sehingga kumpulan itu berhenti menembak kapal di laluan perkapalan utama Laut Merah dan Teluk Aden.

Hari tersebut menyaksikan gelombang serangan udara AS yang dikatakan pegawai telah membunuh pemimpin kanan Houthi.

Menurut kementerian kesihatan Houthi, ia turut membunuh 53 orang.

Sejak itu, bahagian Yemen yang dikuasai Houthi telah menyaksikan serangan oleh AS hampir setiap hari.

Houthi mula menyasarkan kapal-kapal selepas bermulanya perang Gaza sebagai solidariti dengan rakyat Palestin, tetapi menghentikan kempen mereka apabila gencatan senjata berkuat kuasa pada Januari lalu.

Awal bulan ini, mereka mengancam untuk memperbaharui serangan di laluan perdagangan maritim penting itu berhubung sekatan bantuan Israel di wilayah Palestin.

Ia mencetuskan serangan pertama AS ke atas Yemen sejak Presiden Donald Trump memegang jawatan pada Januari lalu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI