PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah, Perak, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Kedah (Langkawi dan Baling) dan Perak (Hulu Perak).
“Ribut petir juga dijangka berlaku di Sarawak membabitkan Limbang manakala di Sabah pula melibatkan kawasan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau). Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan), dan Kudat (Kota Marudu),” katanya. – KOSMO! ONLINE